WELCOME TO MY BLOG !!!

WELCOME TO MY BLOG !!!
WELCOME TO MY BLOG !!!.(^_^)

Wednesday, December 12, 2012

Peristiwa 12.12.12

Yeahhhh~~...segarnye dah mandi lepas main netball tadi..biasa laa, lepas mandi, mesti perot berkeroncong lapar mintak diisi. Ye, aku memang suke manjakan perot, lebih tepat lagi manjakan tekak dan perot...terasa je nak makan, terasa jek lapar, akan segera ku isi perot ni dengan makanan yg sedap2 dan nampak menarik di mata. Masih segar di ingatan ketika aku di Mydin, gedung membeli-belah yang menawarkan harga borong. Niatku sekadar ingin meneman rakanku berbelanja sahaja , tetapi disebabkan ketika itu aku sedang lapar, nah, aku pulak yg berbelanja lebih daripada rakanku tadi. 99% barang yg kubeli adalah MAKANAN!. huh, itulah, orang kata jangan la shopping tyme perut lapar, semua makanan yg nmpak akan disambar sepantas kilat oleh tangan yg sedang tremor kerana mengalami hypoglycemia. Ini physiological tremor je ye. Normal la tuh. -_-".

Oh, nampaknye aku dengan lajunya sudah menyimpang jauh daripada cerita sebenar. Kalau ade kamera AES ni memang dah kena lah,hehe..mujur tiada.huh..Baiklah, berbalik kepada kisah aku lapar selepas mandi tadi..Jadi, untuk terus memanjakan perut ni, aku nak la isi perut ni dengan juadah nasi lemak yang dah aku beli kat Kafe Nurani petang tadi sebelum nak pegi training netball. Sengaja aku beli awal2 supaya tak perlu la aku keluar makan kat warung2 berdekatan USM ni lepas isyak. Kan anak dara tak baik keluar malam2 kan. Baik kan aku, hohoho..(hidung kembang kempis sebab bangga). Seperti biasa, sebelum aku menjamu selera, akan ku pastikan ade secawan air panas untuk kuhirup sebelum makan. Lalu aku jenguk la air yg telah ku masak didalam heater yg ibu belikan. Eh!,ada sikit lagi nih. Cukup la buat air secawan. Tapi tu x cukup eh! lagi. Yg paling aku eh! eh! ialah tak ada pulak semut nak terjun bunuh diri dalam heater aku ni. Selalu nye mesti ada la 2-3 ekor semut mati dalam heater ni. Aku tersenyum happy. Mungkin semut2 ni nak berubah jadi baik kot sempena 12.12.12 ni. Dah insaf dah x nak bunuh diri or berenang kuak lentang dalam heater aku ni. Ape dorang ingat air dalam heater aku ni kolam renang awam! . Dah la pelik. Mane ade semut yg layan air masak yg tawar ni, bese nye layan air manis mcm air oren ke, air sirap ke, baru kelass!..Betol2 amalkan diet sihat la semut2 kat bilik aku nih, educated tuuu, dah x mau kene diabetes dahh, hehe ..Bagus2, lagi sekali aku berbangga dengan semut2 ni...

Oleh itu, tanpa membuang masa, aku dengan senang hatinye tekan la butang ntok panaskan air dalam heater aku ni. Air dah siap. Laptop dah ready. Tinggal nak makan je. Dengan hati girang nye aku capai la nasi lemak bungkus yg aku beli kat kafe tadi. Tangan dah ready nk click mana2 movie untuk ditonton semasa sedang menjamah makanan. Namun, belom sempat aku nak click movie kat dekstop ni, aku tiba2 rasa ade benda tengah berjalan2 kat tangan aku yang masih memegang nasi lemak bungkus nih. Fuh, laju dan halus. Dengan segera aku menoleh ke arah tanganku. OMG!!!! semuttttt!!!!!....Aduyai, x dapat rembat air masak dalam heater aku, nasi lemak ni gak ko nak rembat eh....huhuhuhuh....Banyak pulak tu geng2 semut ni join pekena nasi lemak bungkus..huhu...Aku nak marah pon bukan semut2 ni paham bahasa Malaysia pon. Last2 aku redha kan je laaa....dah rezeki ko semut...hah makan la , makan makan makan...makan sampai buncit pon x pe la, x kene diabetes kene pulak obesiti...hhuhuhuuu...Cedeyh je...Akhirnye, aku capai megi Ruski perisa tom yam 2 bungkus. Makan megi je laa malam nii...Abes diet megi mak nokkk... Megi pon megi laaa..Slrrrpppp...(ni bunyik hirup kuah megi.harap maklum.)

Dengan ni aku dapat come out dengan 1 formula bernas..Huh, walaupon baru pas makan megi ngan MSG pon masih bernas lagi ek otak aku pikirkan formula ni...hohoho (hidung kembang kempis bangga sekali lagi)..ni dia formula nye:

SEMUT + NASI LEMAK = AKU + 2 BUNGKUS MEGI RUSKI

hahaha, bijak an?an?..ye la, sebab before makan tadi aku dah minum susu Fernleaf...motiff???...eh, suke ati aku la nak kaitkn ngan susu, kan mase kecik2 dulu selalu kuar iklan susu yg bapak die kate "BIJAK, BIJAK" kat anak dye yg pandai tu, sebab minum susu la kenkononnye...hehe, bleyh pakai x motif ni? =p ...

Pengajarannye: simpan la makann korang kat tempat yg selamat daripada semut2 ni, nampak je KECIK semut2 ni, tapi selera BESAR.

Kesimpulannya: Bak kata kawan aku, Farah,.." untung la ko 12.12.12 ni dapat bersedekah kat semut"...hehe, bile dipikirkan betol gak tu...Alhamdulillah ;)

Friday, February 17, 2012

copy paste: Surat untuk kamu yang tidak aku ketahui siapa (bakal zaujku)

 Assalamualaikum..

hai u olz..=p..baru2 ni ade bace blog seseorang ni(ade bagi link kat bawah) then tertarik ngan satu post dlm blog dye ni..so juz nak share je..copy n paste..slmt membace surat yg ditulisnya ni pon adoii haii..hehe..gurau je..,k, ni betul2...

 SELAMAT MEMBACA...

 -----------------------------------------------------------------

 Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

***



Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu;


Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.


Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.


Pertamanya, aku mohon maaf secara terbuka, andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar, aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka, aku menipu diri sendiri. Yang pastinya, aku tidak pernah jujur. Aku bilang aku cinta tapi sebenarnya tidak; mungkin kerana keseronokan semata. Aku mohon maaf untuk itu andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek.




Kamu yang tidak ku ketahui siapa;


Aku cuma menginginkan kamu sedang dalam persediaan. Aku tidak kisah siapa pun kamu, yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar suatu hari nanti kamu boleh mengajar anak-anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.




Aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukannya sendirian. Dan aku sangat mahu engkau yang menjadi imam pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikannya...


Aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, aku sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah.


Maafkan aku, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya.


Bakal zaujku,



Aku sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Aku takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini, aku takut andai aku terjerumus dalam semua itu. Aku juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda-mudi. Dunia kita kini jauh beza, dunia kita tidak sama dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya, aku pernah minta kepada Allah, agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar aku dapat berlindung kepadamu tapi aku tahu kamu masih dalam proses membina diri, maka aku tidak mahu mengganggu fokusmu.


Yang paling penting, semoga engkau dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang tuamu juga. Kasihilah mereka dan aku minta agar aku dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawabku akan beralih padamu suatu ketika.


Aku tidak tahu; sama ada bakal zaujku yakni kamu ini apakah aku kenal atau pun tidak. Siapa pun kamu aku terima seadanya, cuma aku mohon semoga kamu punya iman dan agama untuk membimbingku suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuranku sepanjang hayatku sebelum kita dipertemukan; iaitu saat ini. 

[Appreciation]
Akhir kata, semoga Allah melindungi kamu dan aku walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika, semoga syiarnya kita bisa perjuangkan walau di mana jua kita berada. Aku berharap agar imanmu sentiasa sihat. Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita. =)


Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma meminta persediaan dari kamu untuk bersedia membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan terdidik. 

---------------------------------------------------------------------------------
copy paste dari link ni: http://dirikudrcinta.blogspot.com/2011/02/surat-untuk-kamu-yang-tidak-aku-ketahui.html

tq =)

Thursday, January 26, 2012

noob

Assalamualaikum..

Peristiwa ni terjadi mase otw balik umah lepas makan pizza ngan family I yg terchenta cuti CNY ritu..muahhx...luv u all (^^,)...
muke kenyang pas mkn pizza...luv u all...ayah ngah amek gambar..=)
Untuk pengetahuan anda, adik I yg last tu baru je masuk asrama tahun ni..so dye blaja macam2 suasana baru la kat asrama dye tu...and tyme kat dalam keta ni dye nak cite la yg dye blaja perkataan baru yg sgt ohsem..bahasa asrama katenye..and and and..dye mmg bajet kitorang x tahu lgsung la perkataan tu...ahahaha...adik, ko wat kitorang senyum la sepanjang perjalanan nk balik umah...trimas!! =)

jom ikuti perbualan kami:

ADIK: kimi kimi kimi, angah ngah ngah ngah, along long long long!! (tu memang style dye suke panggil name org bnyak2 kali..mcm la org x dgr..haiz -_-")
KITORANG: ape??
ADIK: ko taw x, kitorang kat asrama x panggil air liur basi tu air liur basi taw...huh..ko x tawww... (muke bajet kitorg innocent sgt)
KITORANG: ...........................
ADIK: kitorang panggil air liur basi PETA taw!!!! (muke kerek mcm dye sorang taw)
KITORANG: bwahahahahahaha!!!...itu x yah masuk asrama pon orang taw la dik, tyme kecik2 pon da gune...haha...xpa2, bagus2 ko da blaja perkataan baru...meh kitorang ajar lagi satu perkataan bebudak dok asrama...ko taw gipang tu ape?
ADIK:( masih terpinga-pinga kitorang gelakkan dye)...gipang??????
KITORANG: gipang tu maksudnye gila pangkat...contohnye ko da jadi pengawas, pastu nak jadi ketua kelas, pastu nak jadi pulak pengerusi kelab...semua jawatan ko nak sebat...tu la maksudye gipang...dapat??
ADIK: (mata bersinar2) owh!!!...orang taw!!...aritu kan ade abg pengawas tu nak mandi kat shower bebudak form 1..gipang an dye?!..
KITORANG: ..................  bwahahahaha...tu bukan gipang la..(x taw camna situasi tu bleyh relate ngan gipang)..ahahaha...xpe la dik, nnti ko da duduk lame sket kat asrama tu ko faham la ' lingua franca ' budak2 asrama...kekeke...

u are the best adik!!! =p

Jage diri baik2 ye dik kat asrama tu...miss u alwayz!! =)
[mesti dlm ati dye ''ape la akak2 aku ni gelakkan adik dye sndiri''...ahaha, sorry dik, x dpt tahan ..ko wat lawak kampus la...=p]

p/s: aritu first tyme bawak keta naik mozac amek adik..cuak tol...alhamdulillah ok2 ja..^^

Sunday, January 1, 2012

HAPPY NEW YEAR!!

Assalamualaikum...

*iiiii...POM!...iieiii....POM...POM* !!!!

 

haha...kat atas ni adalah bunyik mercun taw , siap letak image tuh nak bagi paham..-harap maklum- kekeke *wink*
maklum ler, kalo da duduk terperap kat hostel ni mane la dapat dengar bunyik mercun new year an? an? an?
so, akibatnye...tercetus la bunyik 'mercun' ala-ala x jadik ni...hehe "eeh,lame pulak ko eh minah dok pot pet pasal mercun buatan ko yg ohsem ni...ahakz!"

wah, x sangke plak ek kite da melangkah ke tahun baru, 2012!!..so, macam bese la...pe azam tahun baru kome semua???...haa..eden pon ado azam jugak ni ..ekau nak taw?nak taw?..kalo ekau nak taw, skang jugak eden tulih,,haa, eden tulih ni...jgn ekau nak halang2 eden eh jang...hoho, perlu ke cenggitu cik eera oit...-_-"...
okeh, ni la antara list azam yg nk eden capai setakat yg eden terpikior skang ni ha..
  • nak wat nota untuk lecture notes cantek2 n secara berterusan
  • seboleh-bolehnye nak elak TERlentok@TERtido dalam dewan kuliah...eehehe....adesh, EHEM.ini serius!
  • nak jadi lagi prihatin, alert n always prepare for any task that  I should do
  • berusaha x mau wat keje last minute!!
  • nak belajar menjahit n memasak daripada ibu n nanny =)
  • nak menang kereta!!
  • nak teruskan menabung n kumpul duit---> saving ntok masa depan.. ehem2..^_^ *wink*
  • nak perbaiki diri supaya menjadi insan yg berkualiti n lebih baik kerana Allah...insyaAllah
okeh...bnyak lagi sebenarnye azam ni,. tapi, nnti eden tulih lg yo jang...kojap lai eden nk poi kolas ni ha...-haha, marah org nogoghi sombilan kalo baco eden tulih loghat dorang x jadi ni...maap, maap-

okeh, ape-ape pon, saye harap agar azam yg korang da plan tu tercapai la hendaknye...begitu la juge ngan saye...insyaALLAH...semoge ngan bertambahnye umur kite tiap2 tahun, begitulah juga bertambahnye amal kebaikan yg dilakukan...ameen...k, tattititutu, wassalam...

SELAMAT TAHUN BARU!!  (^_^)V