WELCOME TO MY BLOG !!!

WELCOME TO MY BLOG !!!
WELCOME TO MY BLOG !!!.(^_^)

Tuesday, March 22, 2011

COUPLE..korang rase?


Assalamualaikum,

Nama saye Nur Shaheera..
Saye berumur 19 tahun (gunekan angka ni sebaik2nye selagi boleh
 b4 angka '1' bertukar menjadi '2' )...hehe
Saye budak baik( mesti ke perasan sendiri?) 
Saye masih single n available ( x perlu kot -_-" )
Saye ade Facebook...

"Now--> BLUEBERRY, later2-->APPLE-->CHERRY-->
GRAPE-->BANANA!! =) "

kat atas tu adalah status FB saya pada hari ini....huhu
SUDAH2!!...agak skema ye pengenalan diri kite pada hari ini...hoho
berbalik kepada status kite di atas, 
paham x pe maksudnye?
haa...kite dapat message camni kat FB baru2 ni....
cam kat bawah ni la lebey kurang message nye...kite singkatkn.


Blueberry: Im single
Pinapple: its complicated
Raspberry: Im a touch and go woman
 Apple: Engaged
  Cherry: In a relationship
  Banana: Im married
Avocado: Im the "other one"
 Strawberry: Cant find the right one
 Lemon: Wish i was single
 Grape: wants to get married.
Passion fruit: Widowed

haha...begitulah maksudnye....
Message ni di'forward'kan ntok LADIES je ye..
saje je meng'gedik' wat status camtu....
Sila abaikan...
Hurmm...tapi, saye tidak gedik..huhu
So, ladies yg kiut2, korang nak pilih buah ape??

Sebenarnye nak berkongsi artikel pasal COUPLE...
so, x de kaitan pon ngan soseh2 merepek kite kat atas tadi...wakakaka...
Terasa buang mase kn membacenye??...ah,pedulik ape...
x nak bace skip je la....(^_^)

Hurm..pe pendapat korang pasal kapel2 ni?
Ye la,bebudak sekarang kalo ditanye --> "weyh,ko ade makwe/pakwe?"
Majoritinye akan menjawab-->  "huiish, musti la ade, gua bukan skema cam tuan empunye blog nih"
okay2, ayat yg bergaris tu hanye rekaan semate-mate...mau kene debik? (skema kah daku?)
Btol weyh, majoriti akan jawab camtu...even anak mak cik dobi (kantoi hantar dobi) yang baru dalam 
darjah 3 tu pon kate die ade makwe...budak kecik lagi tu...
yang x bleyh blah, dah la name makwe die Shaheera gak (ejaan name maybe lain)...errk! haish..
yang penting bukan kite la ye makwe si budak kicik itu...ape kes ngan budak kicik? 
not my taste..haha..bajet lebeyh...
So, pe pendapat korang? pada kite, kite mmg seboleh2 nye nak menjauhi kapel2 ni...bukan la ape pon,
kalo bleyh kite nak bercinta ngan insan yg menjadi suami kite je nnti...hik2..insyaALLAH...yang penting skarang fokus kat study dulu meyh...bawak segulung ijazah yg bermakne hasil usaha kite menuntut ilmu, berkhidmat n balas jase parents kite, buat mereka gembira ngan kejayaan kite...ye! insyaALLAH...Amin~
kite ade bace artikel daripada page i luv islam and kite rase kite bersetuju gak la ngan artikel tu...kat bawah ni antara isi kandungan artikel tersebut...


" Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginannya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam


Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu. "

Hurm...so, what do you think?...bukan sume yg ber'kapel' tu keluar berdua-duaan n berpegangan tangan bagai...tapi majoritinye berbuat demikian...so, apelah salahnye kite menjauhi perkara2 yang boleh mendatangkan zina..ye x?
Tapi ade gak yang memberi feedback--> "abes,camne nak kenal2 kalo x kapel dulu?"
Haa....tu kite x taw, korang tanye je la mane2 ustaz/ustazah yang betul2 mahir dalam bab2 ni... 
tapi kite juz bleyh cakap, kawan je lah tapi jgn lebeyh2..x pon gune lah orang tengah yg boleh dipercayai ntok sampaikan hasrat korang tu....kaji2 lah latar belakang orang yang korang berkenan tu melalui sumber2 yang boleh dipercayai (bunyik cam stalker la pulak...hoho)...x pon suh parents korang je la carikkan, mane yang berkenan kat hati parents korang tu la yg terbaik,..x kan dorang nak pilihkan yang x bersesuaian ntok anak2 dorang kn..huhu..depends on you all...kite x taw...heee
papepon jodoh pertemuan urusan ALLAH...doa je lah...
Dunno..masing2 ade pendapat sendiri...kite pon x tahu la camne...masih lom cukup matang n professional ntok memikirkan perkara ni...baru 19 tahun...hahaha, bajet mude...
Ye la, sejak nak masuk umur 20-an ni, terase la plak nk berbicara pasal mase depan (acececeh..ayat cam da matured gile arr)...hihi...tapi btol la kan..usia semakin meningkat, fikiran pon kene la semakin matang n maju ke hadapan (even perangai cam bebudak n gile2 tu masih ade)...
Okay that's all...ni sekadar pendapat je...yang lain korang pikir2 la sendiri...
Hope ape2 pon yg korang lakukan adelah yang terbaik di dunia  lebih2 lagi ntok akhirat...
Maaf kalau2 entry ni menyinggung perasaan sesape n agak panjang sampai korang bleyh wat 'peta dunia' TERbesar sambil bace entry ni, huhu....juz nak share je...
ok2..nyte2, kite nak jd sleeping beauty dah ni, ngeh2
~ wassalam~



p/s: ni kite amek daripada status kawan kite yg bername nurizzati kat FB...renungan bersame...insyaALLAH..


"Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari adalah apabila terbenamnya matahari, umurku betambah, tetapi amalanku tidak bertambah." [Ibn Mas'ud] 

2 comments:

Dhiya Adelin said...

Kalu org ckp skema x de boyfrenz... mai cek nak tolong jawab " ADA AKU KISAH". suke la post ni. Macam pernah dengar je ayat.. bercinta ngan suami tu?? he3. I'm welcoming u to the 20th group ye..

Nur Shaheera said...

hahaha...ade boyfren ke x itu x penting....hihi...yes! bercinta ngan suamilah baru afdhal n bertambah pahala lg tuh compare tu bercinta ngan pasangan yg blom sah jd milik kite....thanx...i'm becoming 20th later...now nak gune sepenuhnye 19th tu...hik3